Salam Zulhijjah
Dah pon masuk 2 zulhijjah 1430H.. Jom kita puasa sunat Zulhijjah.
Di Mesir sekarang musim sejuk.Musim sejuk ni menjadi kelebihan kepada umat Islam di sini. Masa siang singkat. Maghrib masuk jam 5 ptg. Kalau puasa sunat tu tak la terasa sangat walaupun tak bersahur berat pon. Cuaca sejuk memang cepat lapar.. tapi terasa kuat juga time sejuk nie walaupun tak bersahur. Jadi, jom la sesama kita berpuasa sunat di awal Zulhijjah nie.
Pejabat urusan di Mesir nie pon tutup awal. Lepas zohor dalam jam 1.30 pm atau 2 pm dah tutup. BUkroh (esok) buat urusan. Sekarang saya tengah buat urusan memperbaharui VISA. Doakan dipermudahkan. Kalau tak, jadi pendatang tanpa izin PATI la.
Selamat Menunaikan Ibadah Haji dan Korban
Semalam dah selamat beberapa orang kawan berangkat menunaikan Haji pada tahun ini. Semoga kalian semua selamat pergi, berada, dan menunaikan ibadah Haji di sana. Semoga kalian mendapat Haji Yang Mabrur. Juga buat semua Jemaah Haji yang pergi menunaikan kefarduan pada tahun ini. Doa saya agar semuanya sehat dan tiada kejadian buruk yang menimpa kalian dan kita semua. Teringat kenangan saya menunaikan Haji tahun 2006 yang lalu. Ada rezeki tahun depan nak pergi buat Haji. Mari sama sama doa agar kita menjadi tetamuNya. InsyaAllah.
Kelas dan Imtihan
Sekarang program PMRAM dah ditawaqufkan dan tumpuan ke kelas dan pembelajaran perlu lebih dititik beratkan. Ulama In the Making.. Walaupun banyak cubaan dan gangguan ke atas orang yang nak mengaji Agama nie, tetapi perjuangan mesti diteruskan jua. Lagi kena tekan, lagi melambung kita punya semangat belajar. macam Spring. Melantun. Baru nie dengar heboh di Parlimen Isu MSD cairo batalkan program bacaan hadis. Memang betul pon. Lepas nie, apa yang student tak puas hati. Teraniaya. Hak dipertikaikan. Kita bawa bincang dalam parlimen la.Baru jaguh.
Pelajar Medic di sini pon rancak ke kelas setiap hari. Berbondong bondong pergi kelas pepagi buta dan ada yang balik sampai rumah dekat nak maghrib. Kalau rasa kelas tu habis lewat sampai hari dah gelap.. student wanita nie dinasihatkan agar balik berkumpulan dan diiring oleh student lelaki 2, 3 orang. Kalau tak pon minta tolong ustaz2 kita ambil kat area2 yang sesuai seperti kat sabek atau kat asyir. Bahaya balik time hari dah gelap dik.. awak tu dah la kecil molek.. dihimpit dek arab yang besar gedabak kan payah. Bosz banyak terserempak dengan adik2 tibb yang balik dah senja.. Bosz tak marah sebab diaorang baru balik kelas..tapi fikirkan cara untuk menjamin keselamatan semasa balik tu. Kalau area shoubrawi nak kan musyrif untuk temankan balik rumah, us Bosz boleh cari orang untuk teman. kalau Bosz lapang, bosz pon boleh temankan. ada no hp tak?
Selamat belajar dan ke kelas. Kuliah pon dah makin rancak.
JPMK
saya sokong sangat dengan DESAK. suara mahasiswa yang sedang rancak bergerak di mesir. yang mempertahankan Isu Kutub Sittah. Selagi tak tunaikan 3 janji JPMK kepada PMRAM, selagi itu kita mahasiswa akan mendesak. Boleh tengok desakjpmk.blogspot.com. Hidup DESAK.
Lepas nie Pegawai JPMK jangan buat tindakan melulu dan peringatan jugak untuk pegawai lain jangan terlalu lantang menindas pelajar. Tugas anda di sini menjaga kebajikan pelajar..bukan buat onar.
Teringat saya berkenaan pegawai nie. Ada dengar jugak yang Anak anak Perak nak dihantar dengan Pegawai yang akan menjaga kebajikan anak anak perak di Mesir nie. Ahlan Wa Sahlan di ucapkan kepada pegawai yang bakal di hantar. jangan Hantar pegawai yang ada agenda politik. UMNO lagi jangan. Pegawai yang dihantar harapnya dapat membantu persatuan dan pelajar dalam menguruskan kebajikan pelajar di sini. InsyaAllah.
Lewat Update
Maaf bebanyak pada pengunjung blog yang setia.. syabab.. adik2 us.. pelawat.. abg pudin.. ut ae.. us Khalil.. ramai lagi la.. tak tersebut la pulak ramainya.. blog bersawang lelabah nie memang sengaja di buat.. idea mencurah curah je nak hangatkan 'semalam yang hangat' nie, tapi manusia beralasan.
Tiada alasan yang konkrit.
Menjana Fikrah
Saya runsing dengan penjanaan fikrah pelajar dan mahasiswa sekarang. Acuan yang diterima terlampau pelbagai. Bukan menghalang kepelbagaian fikrah dan ideologi tetapi pemikiran yang berbeza dan bercelaru ini lah yang menyebabkan pepecahan yang lebih besar pada masa mendatang. Terutama untuk berada dalam sebuah parti atau pertubuhan. Pemikiran mahasiswa sekarang tidak terdorong dengan baik. Bahkan kewujudan kepelbagaian persatuan menyebabkan lebih banyak pepecahan yang berlaku. Saya belum mahu mengulas panjang. Biar dulu sampai di situ.
Mahasiswa yang bijak terutamanya mahasiswa Azhar perlu berfikir secara Islamik yang syumul.Lengkap. Meliputi pemikiran sorang yang berakidah yang mantap, berakhlak dan bersahsiah mulia dan terlebih penting dia Faham akan ilmu yang dipelajarinya. Saya pelik bila ada yang mengaji Agama sampai ke Azhar, Jordan , Syria dan lain lain tempat tetapi masih berfikir untuk menyokong toghut dan UMNO atau lain lain pertubuhan yang tidak memperjuangkan Islam. Dasar nya saja sudah tersasar. Dasar Pelembagaan.bukan Al Quran dan As Sunnah. Pelik ada ustaz UMno sebegini. Ntah di mana silap bancuhan atau acuan nya.
Terlebih pelik bila ada pulak yang berbangga menjadi ustaz dan tali barut UMNo. nauzubillah.
Thursday, 19 November 2009
Mabruk BUat PMRAM
Mabruk buat kepimpinan PMRAM
Mabruk untuk AJK dan Ad Hock Pelaksana Majlis Pembacaan Sahih Bukhari (Kutub Sittah)
Mabruk untuk semua peserta dan semua yang menjayakannya.
Kutub Sittah dirasmi majlis penutupnya untuk siri yang pertama ini Oleh MUfti Mesir, Sheikh Ali JUmuah dan dihadiri oleh sekurang kurangnya 10 orang masyaikh Al Azhar.
Berita dan gambar penuh di web PMRAM dan web Kutub Sittah Pmram.
Saya hanya mampu tersenyum dan senyum melihatkan PMRAM masih mampu menjayakan program ilmu sebegini walaupun pada awal program dan perjalanannya diganggu oleh orang2 JPMK yang cuba menggagalkannya.
Sanggup Pegawai JPMK mahu menggagalkan program ilmu sebegini. Mungkin mereka hanya merestui majlis anjuran ISMA dan UMNO seperti FEstival Asean.
Apala nak jadi dengan Isma dan Umno nie. Orang nak mengaji pon halang. orang nak mengaji pon tak bagi. entahlah.
Doakan untuk Islam dan kesejahteraan Ummatnya.Amin
Wednesday, 21 October 2009
latihan susulan Voice Of PMram 1

Barisan VOice Of PMRAM (VOP) 1 (IKHWAH) dan AdHock PESAT.
Voice Of PMRAM yang akan membarisi dunia pengacaraan di Mesir.InsyaAllah

Pengarah PESAT menyampaikan hadiah kepada Us AZLAN alias yang merupakan juri dan pengisi slot utk VOP
Baru baru nie PESAT( Pusat Sumber Tenaga) PMRAM membuat latihan susulan untuk kelas pengacaraan majlis untuk mereka yang telah terpilih dalam ujibakat sebelum ini.
Mereka yang terpilih ini dikenali dengan nama Voice Of PMRAM (VOP). Mereka ini terdiri dari 6 ikhwah dan 10 akhwat yang akan membarisi pentas pengacaaraan dalam prog2 anjuran PMRAM.insyaAllah.
Kesemua 16 orang mereka ini akan dilatih sehingga mahir dan pakar dalam bidang pengacaraan majlis sama ada majlis rasmi atau tak rasmi, formal atau pon tidak.
Mereka akan dilatih sehingga menjadi Pakar.Tenaga Pakar.InsyaAllah
Semoga dengan usaha PESAT yang sedikit ini akan meberikan Impak yang besar pada masa akan datang
Latihan susulan 2 akan tiba tak lama lagi.. InsyaAllah
Monday, 12 October 2009
Delegasi Dato Nazri Aziz di Rumah Perak
Gambar gambar sekitar Dato Seri Nazri ke majlis Ramah Mesra bersama pelajar Perak di Rmh perak Wisma A pada 8 okt yang lalu
Gambar Yb Taib pulak .. datang menziarahi mesir dan 3 orang anak beliau yang ada di Mesir.. Gambar di ambil ketika majlis ramah mesra bersama anak anak kedah di Rmh Kedah Hayyu sabek.
Gambar menggambarkan gambaran. Kan?
post ringkas
Rumah Perak Wisma A: Semalam 8 Okt 2009 telah berlangsung satu pertemuan ramah mesra antara delegasi Amanah Raya Berhad dan Dato seri Nazri aziz.
Pertemuan singkat itu menjalinkan ribuan bahkan jutaan kenangan buat kami anak anak perak.
Bertapa saya bersyukur berada di Bumi Ardil Kinanah ini sementelah begitu mudah untuk berada dekat dengan pimpinan dari Kerajaan atau dari Pakatan Rakyat. Tak berhajat besar untuk bersua muka pon dengan pimpinan Umno BN nie. Tapi dia juga insan dan hamba Allah seperti kita yang perlu mendapat silaturahim yang sempurna.
Majlis ramah mesra yang diisi penuh dengan ucapan Nasionalisma dari Dato Seri kami dengar dengan Khusyuk walaupun rata rata tidak setuju dengan isi kalimah yang diucapkan beliau.
Saya rimas mendengar ucapan dato seri kerana Dato hanya bercakap soal melayu,tanah melayu, bahasa melayu dan melayu...
Bukan tidak bersetuju, tapi saya lebih lagi setuju jika Islam itu yang di titik beratkan. Islam akan menyelamatkan melayu dan bukan melayu. Islam akan menyelamatkan semua makhluk sama ada dalam Islam atau bukan Islam. Jelas.Islam menyelamatkan semua dan adil untuk semua.Islam for All.
Saya tidak berkata dato seri dan pemimpin kerajaan tidak Islam, sebaliknya saya mahukan pemerintahan, sistem dan undang undang yang dilaksanakan itu berdasarkan sistem Islam dan yang diterapkan di dalam Alquran dan diajar Nabi dalam Assunnah. Hidup dalam Islam yang sempurna. Beramal secara sempurna. Paling tidak pon menghampiri kesempurnaan dan menjauhi thoghut dan syirik kepadaNya.
Saya sikit pon tidak menyoalkan atau meragui keislaman sesiapa pon. Dia Islam dan beramal dengan ajaran Islam..silakan.
apa apa je la... banyak lagi yang perlu difikir dan dibuat
Kewajipan lebih banyak daripada Masa. Guna sebaiknya.
nnt tulis lagi n gambar sekali..tak sempat nie.. huhu
Friday, 9 October 2009
Selamat lah...

assalamualaikum... w.b.t
sepanjang puasa Ramadhan 1430 H nie, blog nie pun turut berpuasa dari posting. Maalish (maaf)
Langsung tak sempat nak ucapkan Selamat haRi Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog nie.. bukan sibuk sangat pon.. tapi IsmA Mesir banyak buat kacau kat semua BKAN dan DPM menyebabkan kesibukan biasa menjadi luar biasa.
Bersempena ada kesempatan sementara nie, bolehla nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua Pengunjung Blog. Tangan dihulur Maaf Dipinta. Juga kepada yang sudah selesai puasa enam, teruskan dengan amal ibadat lain. Yang belum puasa sunat enam syawal dan belum selesai tu.. cepat la buat. Yang puasa Ganti sekali. Jgn pulak lupa..ok
Wednesday, 7 October 2009
Tag di bulan Puasa
bulan bulan puasa nie dapat tag dari Senyuman Daie...
Soalan-soalannya...
1) Nama timangan anda?
Berat sangat nak timang jadi takde nama timangan. Kenalan semua panggil Hafizul.. ada sebahagian panggil BOSZ. Kat rumah biasa org kampung tak kenal hafizul, tapi kenal akbar..
2) Anda seorang yang..?
Berbadan Besar tetapi Comel (nie kawan saya yang cakap)...ok
3) Insan yang teristimewa?
Si Dia... cewah...mana ada.. semua bagi saya Istimewa...ada kelebihan ada kekurangan... Istimewa nya dia bila dia berbakti dan baik dengan kita.. macam Mak Abah Keluarga kita... "Insan itu hamba kepada IHSAN"
4) Lagu kesukaan?
Lagu yang di gunakan utk ringtones HP saya dan utk bunyi message.. Kalau tak suka tak dijadikan ringtones la.. Sekarang dah dekat nak Raya... Lagu raya yang perantau .. yang tak balik kampung ..lagu itu la jadi feveret..
5) Makanan kesukaan anda?
Sejak bila saya tak tau.. tapi yang saya tau memang saya suka makan Keropok Leko secara pukal..
peniaga keropok leko mesti pelik bila ada seorang nie akan beli keropok leko dia dengan banyak kat pasar malam di Malaysia..
Kat Mesir nie takde kopok leko jadi makanan kesukaan bertukar kepada kuih muih tradisional yang payah nak dapat... Buka puasa kadang kadang saya lebih selera makan karipap dari makan nasi.. kena pulak karipap yang dibuat oleh ustazah dalam program Iftor Jamaie..
House Mate suka buat cucur tepung.. itu pon saya suka makan lebih dari nasi. heh. Dah suka , hentam je la...
6) Sikap yang membuatkan anda stress?
Takde la sampai stress.. tapi geram jugak bila seseorang tu tanya kita soalan tanpa sebab...
contoh camni
"Bosz, ko tau Mamat nie sapa??"
"Aku tau, tapi kenapa ko tanya??" Bosz jawab
"Sajala.. @ Adala..." Itu memang saya bengang tahap H1N1
atau yang nie...
"Bosz, aku nak citer kat ko pasal Mamat nie... tapi nanti la aku citer" pon menyebabkan tahap oksigen dalam badan nie mendidih.. ade ke nak citer tapi sekerat je.. kalau nanti, baik nanti je bagitau..tak yah nak citer sekerat sekerat... hah.
7) Warna kegemaran anda?
Gemor benor warna Hijau.. Warna Cerah yang lembut.. warna kehidupan dan alam semulajadi cukup menenangkan...
"Adakah Kamu tidak berfikir dengan Penciptaan Alam Semesta"
8) Benda yang mesti ada dalam beg?
Buku... Student.. kena la bawak buku... tak baca takpa.. tapi kalau dah sentiasa ada tu mesti la kena baca.. sekarang kita kena banyak membaca.. taknak baca buku, baca Alquran.
Baca, Baca, Baca. Iqra'.
9) Kali terakhir anda menangis?
Soalan nie Poyo...... saya nak jawab camni... kali PERTAMA saya menangis...selepas dilahirkan...heh..padan muka.
10) Tag untuk 6 orang rakan anda?
Taknak TAG sesapa.. dari korang buang masa macam saya sekarang sedang menjawab TAg nie.. Baik korang TAG kan diri korang dengan membaca dan mentadabbur ALQURAN.. ada jugak la pekdah nya..
Ramadhan pon dah nak meninggalkan kita.. mari bersama rebut sebanyak banyaknya pahala dengan amalan yang Istiqamah.
JOM NGAJI..
Monday, 14 September 2009
MenterJemah Ramadhan dalam Kehidupan
Medan Pertarbiyahan Nafsu dan Jiwa dah pon kita lalui selama kurang lebih 2 minggu.. berbaki fatrah Madrasah Ramadhan nie lagi dua minggu.
Alhamdulillah ..syukur dipanjatkan pada Allah yang menyampaikan bulan rahmat dan Magfirah ini kepada kita yang dapat mengecapnya.
Berbeza hirupan udara Ramadhan sekali ini berbanding udara Ramadhan yang lepas lepas. Dan memang perlu kita bezakannya.. Sekiranya sama, kita kena muhasabah bersama apa yang telah berlaku.
Universiti Ramadhan..
Para Daie dan ustaz alim ulama' selalu menyebutkan perihal madrasah ramadhan.. tapi dalam skop saya dan kita yang mahasiswa ini, nampak lebih menarik saya sebutkan Madrasah Ramadhan sebagai UNIVERSITI RAMADHAN.
Universiti ini akan mengeluarkan BA Hons Of TaQwa bagi setiap mereka yang berjaya bergraduasi dalam universiti ini selama sebulan pengajian.
Pekej pengajian yang cukup lengkap dengan 3 semester.
Semester pertama berkaitan Rahmah.
Semester dua berkaitan Maghfirah(Keampunan)
Semester ketiga berkaitan dihindarkan dari api Neraka.
Setiap hari ada ujian, ada test, ada markah dan bonus, ada tutorial, ada bahas, ada presantation dan ada Bonus berlipat ganda.
Semua kita berkelayakan untuk melepasi Ujian dalam ketiga tiga semester dan Natijah penuh untuk peperiksaan akhir pada 29 @ 30 ramadhan akan menggambarkan apa keputusan yang layak untuk kita.Adakah selepas bergraduan kita tetap akan sama seperti sebelum pengajian atau kita sememangnya layak untuk memegang Ijazah Takwa yang akan diganjari sepertimana disebutkan dalam Al Quran surah AlBaqarah berkenaan kewajipan puasa. {Semak ayat 183 al-Baqarah}
Mari Muhasabah setelah separuh daripada sebulan telah kita lalui.
Dulu sewaktu kecil, abah selalu ingatkan.. " Bulan Puasa nie macam naik bukit.. hari pertama rasa lambat je.. sekarang dah pertengahan 15 hari puasa macam kat puncak bukit, nanti 16 hari dan seterusnya akan lebih cepat je rasa.. macam turun bukit"
Saya yang tak tahu apa apa erti puasa ketika itu mengangguk setuju sambil mengira upah puasa yang akan saya dapat jika puasa penuh sepanjang ramadhan.. "Nanti dapat duit raya dan boleh raya untuk orang yang berpuasa..tak puasa tak boleh raya" pemikiran budak budak.
Apakah bezanya puasa seorang kanak kanak dengan kita yang telah baligh jika puasa kita hanya tidak makan dan minum di siang hari??? Hanya menahan lapar dahaga tidak makan atau ada benda lain?? Tanpa penghayatan lain?? tanpa pengertian puasa?? hanya berlapar atau apa??
Berbeza kah kita pada puasa tahun ini dengan puasa 15 tahun yang lalu??? Adakah sama? Tolong jangan bagi sama. Check Iman kita.
Kita masih culas berpuasa macam adik 6 tahun?? Adik yang letih berpuasa tidur setengah hari.. dari pagi sampai petang keletihan.. adakah kita sebegitu?? Tidur dari pagi ke petang keletihan?? Ya tidur itu ibadat..tapi berbeza kah puasa kita sehari demi sehari setahun demi setahun?? Mari sama sama bagi beza.
Sejauh mana penghayatan kita dalam ramadhan ini dan sejauh mana kita menghidupkan amal ibadat dalam sebulan ramadhan?? adakah dulu kita kuat untuk bertarawikh 20 rakaat dan sekarang hanya mampu lapan?? Dulu rajin bertadarus 3,4 kali khatam dalam sebulan ramadhan tapi kini sekali khatam pon dah susah?? Alasan kerja dan waktu yang terbatas?? atau macam mana?
Bulan ini Bulan Ramadhan dan Bulan Bonus. Allah mengganjari dengan ganjaran yang berlipat ganda pada bulan ini. Adakah kita sedar?
Mari rebut peluang ini. InsyaAllah bersama sama.
Syaitan dah diikat. Hanya nafsu yang perlu dikalahkan oleh iman dan akal. Tolong tewaskan nafsu gelora anda untuk setiap perkara.
Mari bersama bermuhasabah. Bezakan hari ini dengan semalam. Esok semestinya perlu lebih baik dari hari ini.
Manfaatkan masa yang ada. Jom teraweh, jom sedekah, jom qiam, jom taubat, jom amar ma'ruf nahi mungkar.
Saya mendoakan kalian dan saya dapat memanfaatkan masa berbaki dalam ramadhan ini untuk sebanyak banyaknya beramal ibadat.
Dikurniakan malam Lailatul Qadr.Amin.
Dimakbulkan segala doa.Diampunkan segala dosa. Di Ijazahkan Bachelor Hons of TaQwa.
Ramadhan Kareem.Allahu Akram.
Semalam maSih Hangat .. Dalam dakapan Ramadhan Al Mubarak
Friday, 4 September 2009
Usai MAT KPIPM 09
Salam Bahagia dan Ukhuwwah buat semua para sahabat.
Alhamdulillah... MAT dan Pemilihan Exco KPIPM dah berlabuh tirai pada hari semalam dengan begitu jaya dan cemerlang nya... betapa saya gembira dan bersyukur atas segala yang berlaku.
Tidak mahu mengulas apa yang berlaku sepanjang MAT..boleh dibaca disini , tetapi apa yang saya lihat satu senario yang belum pernah berlaku pada tahun sebelumnya.. Ahli yang begitu ramai turun semata mata untuk membuang undi untuk calon pilihan mereka. Satu tindakan yang baik. tahniah.
Saya begitu tertarik sewaktu sesi perbahasan usul dan cadangan. Saya lihat ahli yang begitu semangat mahu menyertai sesi ini.. masing masing mahu bercakap memberikan pendapat. Isu komputer yang dibangkitkan diperbahaskan begitu lama hampir dua jam akhirnya diputuskan melalui sistem undi.
usul yang berbunyi :
"Komputer dan Internet dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam Wisma Darul RidZuan dan ke dalam syaqah (bilik)".
Usul ini di tolak oleh sebahagian besar hadirin apabila hanya sebahagian kecil sahaja yang bersetuju.
Semuanya telah diperbahaskan secara panjang lebar. Saya melihat satu suasana yang baik apabila semuanya berlapang dada menerima keputusan yang dibuat.
Apa yang saya terharu adalah apabila keputusan Pilihan Raya diumumkan. Lapan calon pilihan saya menang untuk kelapan lapan tempat. Alhamdulillah
Mereka ...
1. Muhammad Fidraus bin Aznan
2. Mohd Zahid bin Abu Bakar
3. Mohd Syazwan bin Khalid
4. Muhd Omar bin Adam
5. Mohd Aliff Hadi bin Muhd Razi
6. Muhammad Hafizuddin bin Zakariya
7. Mohd Ridhwan bin Othman
8. Ibnu Abbas bin Azizuddin
Yang saya lebih terharu dan berbangga ialah empat orang calon yang tidak berjaya boleh berlapang dada apabila keputusan diumumkan. Sekali lagi saya melihat suasana yang cukup aman apabila masing masing boleh tenang dan menerima keputusan yang dibuat ahli.
Sesi akhir MAT diakhiri dengan doa Wahdah dan bersalam peluk. terharunya saya ketika itu bilamana dapat bersalam, berpeluk mesra meminta maaf kepada semua yang hadir terutama us Jamal, Us hafiz Shamsudin dan Us Husairi..
Lega... Rasa lapangnya dada apabila kita masing masing memaafkan antara satu sama lain. Tiada lagi rasa tidak suka antara kita. Saya bangga dengan semua kalian yang hadir pada saat manis itu..
Deraian air mata yang mengalir lembut itu menjernihkan hati dan sanubari kita dari segala perasaan mazmumah yang ada.
Kita Bersaudara. Sampai bila bila pon kita akan dan tetap bersaudara. InsyaAllah
Maafkan saya wahai kalian semua yang masih belum saya ucapkan secara berdepan.
Jemput datang ke rumah berbuka puasa dan bertarawikh bersama.InsyaAllah
Untuk us Jamal dan sahabat lain yang nak menunaikan Umrah di Baitullah. Semoga umrah antum diterima dan doakan kita ahli KPIPM dan seterusnya doakan AJKT dan pimpinan kita mendapat taufiq hidayah petunjuk dariNya...
Allah akan memayungi mereka yang bertemu dan berpisah keranaNya...
Salam Ukhuwwah buat semua.
Thursday, 20 August 2009
Pagi Hari sebelum MAT KPIPM
selamat mengundi buat ahli KPIPM dan bermuhasabah di dalam MAT pagi ini.
Semalam Yang Hangat dah semakin hangat nampaknya.. macam macam isu di perdebatkan...
nak tergelak saya baca dalam shout box tu... izin kan saya ketawa kecil...hihihi
Sementara nak bersiap ke MAT dan pembuangan undi di KPIPM nanti saya cuba untuk menjelaskan 2,3 perkara yang org 'alex' tak suka.. yang 'bro' jugak tak suka..
Kalau sempat baca sebelum MAT nanti, bacalah.. Kalau lepas MAT pon takpe..kalau nak baca tengah MAT guna handphone atau nak culas MAT pon silakan...
Pagi ini kalau kena teh tarik sedap nie.. baru segar rasa badan... tapi nak cari susu 'Bukhoiro' takde kedai yang buka pepagi ini..
antara yang akhawat 'elek mujahidah' soalkan:
1. kenapa SPR tak jawab soalan yang Bosz time malam penamaan calon???
2. Bosz gentar dengan SPR muka bodoh buat samseng?
3. bosz sokong pilihanraya atau bekas exco tunjuk exco baru
4. kami rasa nak buat perubahan dalam exco tahun ni,
5. undi adalah rahsia, kenapa bosz beriya promote dan suruh org undi 8 calon pada malam penamaan calon.. bosz tak matang?mohon pendapat???
hihihi... nak terketawa kecil.... maafkan saya
Ini pendapat saya yea cik elek mujahidah...
Kenapa SPR tak jawab pada malam penamaan calon soalan saya kena la tanya SPR yang awak tuduh muka bodoh lagi buat samseng tu.. jangan tanya saya, mana saya tahu. Yang saya dengar pada malam tersebut SPR kata mereka telah membuat keputusan Muktamad dan sebarang ketidakpuasan hati atau bantahan sudah di tutup dan tak diterima. So, saya diam je la sebagai menghormati keputusan SPR yang telah dilantik untuk mengendalikan MAT dan PR KPIPM ini. Tak sampai hati saya nak dakwa kat mahkamah tindakan mereka tu.. kalau ikutkan hati memang saya ungkit sampai dapat.. Kalau bawa ke mahkamah mau calon ke 12 tu terbatal penyertaan dia sebagai calon dalam pemilihan AJKT tahun nie..
Bosz tak gentar pon dengan depa.. kan ke kita bersaudara.. dengan elek mujahidah pon kawan.. dengan 4 calon tu pon kawan dan dengan SPR pon kawan jugak... Takut hanya pada ALLAH wahai cik akak.
Saya sokong pilihan raya dan setiap tahun ada pilihan raya tapi tiap tahun semua menang tanpa bertanding kecuali tahun ini yang ada PR bagi menentukan AJKT kita.
Silalah berubah... Rasul pon suruh berubah dari semalam ke hari ini. Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.. lusa lebih baik dari esok.. berubah laaa... memang dianjurkan pon... CUma kita dianjurkan untuk berubah dari baik ke lebih baik...bukan sebaliknya.. bukan dari baik ke tidak baik...
UNdi rahsia?? Sapa kata...hihihi..lawak la elek mujahidah nie.. Takde dalam peraturan Pilihan Raya kata undi rahsia... sapa nak rahsia silakan.. sapa nak heboh silakan..Malam tu malam kempen;. saya kempen lapan calon pilihan saya.. ada saya kisah awak tak setuju... awak boleh pilih 4 orang yang awak suka tu.. tapi kalau tanda 4 je akan jadi undi rosak... so kami dah siapkan lapan exco peneraju pimpinan KPIPM...undialah calon Kami....hihih
Sambil tunggu tandas yang masih belum kosong, masing masing menunggu giliran untuk bersiap ke MAT KPIPM. Saya jawab pula 'Bro' kita...
Bro kita tanya... Apa KPIPM buat sampai dia dan kawan kawan nya ramai tak najah..nak bukti exco najah tahun depan...
hihihi..saya geli hati betul la pada bro nie... berjiwa besar la bro... orang yang berjiwa besar dia tidak menyalahkan orang lain bahkan dia melihat masalah untuk di selesaikan secara win-win..
Exco sibuk sibuk dengan persatuan memang ada yang tak najah, tapi tahun ini exco ramai najah ok... ahli biasa yang dok umah tak berpersatuan..kenapa lagi ramai yang tak najah...? salahkan exco tak najah.. ahli ramai lagi tak najah tak di kira... pastu pertikai pulak ahli tak najah sebab persatuan...
Persatuan dah galakkan dengan kempen "jom ke kuliah".. buat kelas tambahan .. tutorial... motivasi.. macam macam pengajian setiap malam... itu kata tak buat apa apa??
bro tido ke??...
pendapat saya la bro... Bro makan nak bersuap lagi ke??nak mak abah suapkan ke mulut bro ke??Bro nie... Bro yg nak belajar ..datang Mesir jauh jauh.. takkan nak harapkan exco suapkan, bacakan kitab.. maknakan dan bariskan kitab bro??? adoi... bukan itu je yg exco perlu pikir bro tau...Bro dah besar.. belajar berdikari... pergi kelas tanpa perlu mak gerakkan macam kita darjah satu dulu.... baca kitab tak perlu mak suruhkan sampai perlu tutup TV... bro bro
iNI pendapat saya la bro n elek mujahidah .. nak tolak dan tak setuju takpe
Saya pon kurang suka bincang dalam nie... tak best.. jap lagi MAT..bro n elek mujahidah bunyi sikit... nanti saya balas dalam tu.. boleh?
tak pon kita jumpa kat kedai makan mana mana sambil makan makan boleh?
Kalau tak makan luar atau nak jimat boleh datang umah saya kat Shoubra untuk kita minum teh tarik.. saya bancuh spesel.. Jgn risau.. saya tak letak ayat perindu atau apa apa....
JOm.. tandas dah kosong.. My turn nak bersiap gi MAT..
Salam PR dan MAT KPIPM
Wednesday, 19 August 2009










